Thursday, October 21, 2010

Lagu sekolah

      Kami warga SMK Banggi
        Kita semua bersatu
Marilah kita eratkan persefahaman
      Aman makmur  bahagia
Bersama kita kearah hidup mulia
Demi kemajuan bersama

Al-Quran Dan hadis jadikan panduan
Kearah kesempurnaan
Ilmu Dan akhlak jangan kita pisahkan
Untuk mencapai cita-cita

Allah berikan kami petunjuk
Kearah jalan yang benar
Kuatkan iman dari segala durjana
Ingatan kita semua
Hasutan syaitan jangan kita terpengaruh
Untuk hudup sempurna.

Wednesday, October 20, 2010

Pengenalan





SMK Banggi terletak di pekan karakit,Pulau Banggi Daerah Kudat dan telah di buka pada 08 jun 1987 yang juga merupakan pendaftaran pertama pelajar.Oleh kerana tiada bangunan khas yang ditubuhkan untuk menampung pelajar maka sekolah ini menunpang di bangunan SK Karakit dengan jumlah pelajar seramai 75 orang dan tenaga pengajar seramai 5 orang.

          Pada 10 november 1994 telah mencatat sejarah buat warga Pulau Banggi kerana pada tahun inilah perletakan batu asas sebagai acara pecah tanah telah di lakukan oleh Yang Amat Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim ,Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu .Pembinaan sekolah baru ini memakan masa hinga bulan julai 1996. sehingga kini iatu pada tahun 2009, terdapat lebih kurang 47 tenaga pengajar termasuk pengetua yang kebanyakannya berasal dari semenanjung malaysia dan minoriti adalah warga tempatan Sabah dan kini terdapat 3 orang tenaga pengajar sekolah ini adalah merupakan bekas pelajar sekolah ini.Bilangan pelajar juga telah bertambah mencecah 800 orang kerana mulai tahun 1996, kelas tingkatan 4 dan 5 telah di wujudkan.
          Sehingga kini, SMK Banggi terus mengorak langkah untuk melahirkan modal insan berketerampilan berminda kelas pertama bagi memajukan diri, agama, bangsa dan negara.





                                            Gambar kakitangan Pengajar dan Pentadbiran